CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

~HADIRNYA BERMANFAAT~

Bila kau letih dan hilang semangat,
ALLAH tahu bertapa kau telah mencuba sedaya upayamu.Bila tangisanmu bpanjangan dan hatimu kedukaan,ALLAH telah mengira titisan air matamu.Bila kau rasa ktinggalan dan masa mninggalkanmu, ALLAH setia di sisimu..Bila kau telah mencuba segalanya tp tak tahu tujuan, ALLAH ada pnyelesaiannya.Bila tidak ada yg bererti buatmu,keliru dan kecewa,ALLAH adalah jawapannya.

Isnin, 24 Jun 2013

Ujian Allah hanya pada hambaNya yang mampu

Bismillah..

24 JUN 2013,  PETALING JAYA

Keadaan jerebu yang semakin meningkat membuatkan saya sesak nafas dengan persekitaran yang tidak sihat ini. Allah, Allah, rasa bagai mahu segera kembali ke kampung,menghirup udara nayaman dan merasa kesejukan udara pagi nya ditambah dengan sepoi-sepoi bahasa angin petang. Allah, nikmat nya!

Bila di uji sedemikian ini baru saya insaf dan sedar betapa tinggi dan pentingnya nikmat udara ini. Nikmat yang percuma.Patutlah dalam surah ar rahman Allah berfirman banyak kali tentang nikmat. Allah, terima kasih bagi peluang macamni.

Rasa tak mau dah buat dosa-dosa kecil mahupun maksiat. Mahu sentiasa berzikir dan beribadah pada Allah sahaja. Allah,rindu nak masuk syurga dan tatap wajah Allah yang Maha Mulia. Allahuma inni asaluka lazzatan nazorilaika wajhu karim..Aamiin.

Allah, pencipta manusia. Pastinya Allah tahu apa yang baik atau tidak untuk hambaNya. Jerebu hadir memberi peringatan awal kepada manusia agar taat dan kembali kepada Nya. Ya Allah,lembutkan lah hati para pemimpin kami.Terimalah taubat kami Ya Allah.

Aamiin.n_n